.hee. JUNE. bolak-balik hati dia,jangan ditanya kenapa. engineer-in-making? in sha Allah. RINDU SEKOLAH. JU-TIF mamber. the PIONEERS. ZAID-ers. UTHMAN-igans. IKHWAN-ers. POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN. IPTA PETA. REMBAU - MIRI - KUANTAN - PASIR GUDANG - PENGERANG - KANGAR.
cuma perlu sejenak
segelintir memandang dia bermasalah. segelintir memandang dia tiada harapan. segelintir memandang dia sukar dipulih. tapi tak segelintir itu tahu apa masalah dia. tak segelintir tu tahu, apa yang dia juga harapkan sangat. tak segelintir tu tahu, dia pun nak pulih sangat2x. tolong dia. sokong dia.
"bukan bodohlah kalau dapat masuk sini,kan? cuma malas."
kata-kata ini agak pedas. namun cukup untuk mengubah persepsi. segelintir yang lain sangat berharap dapat melihat dia berjaya. segelintir yang lain sangat menyanyangi dia. sangat menyokong dia. sangat membantu dia. alhamdulillah. Dia menunjukkan sinar-Nya untuk dia. dia mula berubah. dia sudah mula menapak. kemudian selangkah demi selangkah, dia bertatih. kerana-Nya, melalui seseorang yang berjaya Allah ingin dia dibantu olehnya. in sha Allah, dia akan terus berubah sehingga sepenuhnya berubah.
"ego! kalau awak buang ego awak tu, saya rasa awak boleh pergi. ramai dah cakap pasal ego awak ni"
saya minta maaf. saya tidak berniat. saya sangat tidak berniat untuk bersikap demikian. kadang-kadang, saya bukannya ego, cuma perndapat saya bertentangan. saya tidak boleh menerima sebelum jelas penjelasan sejelasnya agar minda saya dapat menjamah butir pendapat. saya bukan ego, saya kadang segan untuk bertindak sendiri. saya bukan ego, kadang saya terlalu taksub untuk bertindak. saya bukan ego, saya cuma kadang tak boleh berhenti sebelum sudahnya sesuatu perkara. saya minta maaf. saya cuma memperbaiki. terima kasih atas teguran. terima kasih atas nasihat. saya masih perlukan anda. saya sangat masih perlukan anda. saya minta maaf.
manusia, kita tidak sempurna, semua ada lemahnya, semua ada kuatnya. cuba untuk atasi lemah, cuba untuk tingkatkan kuat. in sha Allah, kejayaan akan bercambah mekar.
|