.hee. JUNE. bolak-balik hati dia,jangan ditanya kenapa. engineer-in-making? in sha Allah. RINDU SEKOLAH. JU-TIF mamber. the PIONEERS. ZAID-ers. UTHMAN-igans. IKHWAN-ers. POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN. IPTA PETA. REMBAU - MIRI - KUANTAN - PASIR GUDANG - PENGERANG - KANGAR.
.rakan / kaawn / sahabat.
dia berbicara tidak pernah mahu mengalah, perlakuannya tidak pernah mahu ditumpas. permainannya tak mudah untuk menyerah. namun begitu, setiap manusia ada lemahnya, ada kurangnya, ada silapnya. dia juga punya perasaan, punya hati, penyu sifat ingin menyanyang dan disayang. dia juga punya hati yang bertaman di dalamnya walaupun luarnya dia dilihat kental dan tidak mudah untuk dipatah.
tatkala punya bidasan, dia suara dengan kejujuran. pabila punya rasa tidak puas, dia lantang memperkatakan. bilamana punya ketidakperkenan, dia tolak semuanya. dia mungkin dilihat gagah, dan sememamngnya dia gagah. dia dilihat punya hidup bahagia, punya hari yang ceria, punya kenangan yang indah. namun, setiap manusia punya rahsia. punya rahsia yang bersarang dihati, tak terluah dek lisan, tak terungkap dek ucapan. menjadi rahsia masa, biar ia yang menentukan.
dia sering tersenyum, dia sering tertawa, dia sering berseloka, dia menjadi penglipur lara. dia juga penghibur jalanan, dia juga pemecah kesunyian, dia adalah suara sumbang yang menriangkan suasana. tatkala, dia tertawa, ceria tersenyum, petah berlipur, utuh memecah dan usaha menyumbang, siapa tahu apa di hati dia. tiada siapa membaca segalanya. yang tahu hanya Dia sang pencipta manusia.
perubahan demi perubahan. melonjak matang, meningkat usia. peredaran perlu seiring. melintasi masa, mengiringi waktu, menyanjung hari, berpijak realiti. demi kejayaan, perubahan dan pengorbanan diperlukan. sokong dan dorongan pemangkin konsistintasi. in sha ALLAH, dengan nama Ya Rab, perubahan ini berhasil, pengorbanan ini berbaloi. moga kekal hingga nafas terhenti selamanya.
|