.hee. JUNE. bolak-balik hati dia,jangan ditanya kenapa. engineer-in-making? in sha Allah. RINDU SEKOLAH. JU-TIF mamber. the PIONEERS. ZAID-ers. UTHMAN-igans. IKHWAN-ers. POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN. IPTA PETA. REMBAU - MIRI - KUANTAN - PASIR GUDANG - PENGERANG - KANGAR.
Perjalanan Bumi Kenyalang
pertemuan yang indah akan diakhiri perpisahan yang memilukan. sungguh. kerana, dalam keindahan pertemuan itu, pelbagai cerita dikongsi, pelbagai pengalaman diperolehi,pelbagai ragam diterokai. dan kerana, apabila ia bertemu penghujungnya, perpisahan tanpa dipinta itu berlaku. pastinya mengudang bibit rindu, mengudang rasa pilu, mengudang hiba di sanubari yang luhur.
bermulanya tanggal 2 Julai 2013, jam 6.45 pagi, bermulalah satu lagi episode bru buat kami PASUKAN BAHAS SMK Abdul Rahman Talib yang mewakili Pahang ke Pertandingan Bahas Bahasa Melayu ALA Parlimen di Sibu,Sarawak. bersama kami berangkat dari Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah,Kuantan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. diiring doa dan harapan, kami melangkah dengan keyakinan,moga kejayaan dibawa pulang. menanti di KLIA sehingga jam 2 untuk penerbangan seterusnya ke Kuching dan kemudian dari Kuching ke Sibu. 13 jam perjalanan udara yang memenatkan ini akhirnya tiba di penghujung buat sementara. kami tiba di Lapangan Terbang Sibu pada jam 7.30 malam. pasukan terakhir yang tiba. :D
taklimat ringkas dan kami dibebaskan ke bilik masing2x. 605, tingkat 6, sayap lama, hotel kingwood, sibu,sarawak. kami akan menginap disini selama 4 hari mendatang.
berakhirnya hari pertama di Sibu, dengan rasa penat yang amat. kami lena sehingga jam 5.15 pagi dan dikejutkan dengan panggilan telefon dari bilik 607 (bilik penginapan perempuan SMART).
3 Julai 2013. jam 6.15 pagi. kami semua telah bersiap dan turun makan sarapan di Empress Ballroom, Hotel Kingwood. breakfast! semangat berbahas. persiapan terakhir. usul 1: Aktiviti Kesukarelawan Meningkatkan Integriti Belia. kami mencabut undi setelah menanti pasukan lawan yang lewat tiba mungkin. setelah semua tiba, masing2x mengambil satu peti undi yang sangat comel berbentuk postbox dan katak. hafiz mewakili kami dan mengambil satu. setelah itu, kami dibawa ke bilik kuarintin bernombor 507 dan disitu barulah kami dibenarkan untuk membuka kertas undi dan kami di perwakilan PEMBANGKANG! walaupun itu bukan pilihan kami, kami telah tekadkan dalam diri, PERJUANGAN INI BUKAN UNTUK KEMENANGAN YANG HAKIKI, kami terapkan KESUNGGUHAN YANG TELAH KAMI BERIKAN, AKAN DIBALAS ALLAH DENGAN KEJAYAAN YANG SETIMPAL. kami berusaha selama sejam kuarintin untuk kembali bersemangat setelah berada di pihak PEMBANGKANG. sejam berlalu dan masa pertandingan. di dewan Perdana 7, kami bertemu SELANGOR. sejam 15 minit pertandingan berlangsung dan usul pada pagi itu telah DITERIMA dewan persidangan. ini bermakna, buat kali pertama di arena perbahasan ini, kami merasakan KEKALAHAN. tapi alhamdulillah, kami yakin ini keputusan terbaik daripada Allah yang Maha Mengetahui segalanya. seterusnya, kami tidak perlu dah fikir tentang usul kedua dan seterusnya memandangkan pada kali ini pertandingan dijalankan secara KALAH MATI!
tanpa disangka, Allah menemukan kami dengan rakan baru dari negeri KELANTAN, SMKA Naim Lilbanat. rupanya, semua berhikmah. mereka tampil meminta bantuan mengukuhkan usul kedua mereka setelah berjaya menewaskan Pulau Pinang diusul yang pertama. atas dasar prinsip
#THISISPANTAITIMUR, kami menghulurkan bantuan sebanyak yang mungkin. dan dari situlah, bibit perkenalan bercambah mekar. ukhwah fillah dibina.
dan mereka, SMKA Naim Lilbanat tidak berjaya di usul yang kedua : Globalisasi Membentuk Remaja Kreatif dan Kritis. usul pada petang itu DITOLAK dewan persidangan bermakna, pasukan PEMBANGKANG dari negeri KEDAH yang diwakili oleh SMK Sungai Kob berjaya mara ke peringkat seterusnya, pada keesokkan paginya.
nantikan episode sambungan hari KETIGA (4/7) dan KEEMPAT:Perjalanan Pulang (5/7) di entri akan datang.
|