.hee. JUNE. bolak-balik hati dia,jangan ditanya kenapa. engineer-in-making? in sha Allah. RINDU SEKOLAH. JU-TIF mamber. the PIONEERS. ZAID-ers. UTHMAN-igans. IKHWAN-ers. POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN. IPTA PETA. REMBAU - MIRI - KUANTAN - PASIR GUDANG - PENGERANG - KANGAR.
.SMART terbaik seluruh Pahang.






Pahang lakar sejarah SPM 2011

KUANTAN 21 Mac - Pahang melakar sejarah keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang diumumkan hari ini apabila pencapaian gred purata (GP) negeri ini meningkat kepada 4.86 sekali gus menjadikannya pencapaian terbaik sejak peperiksaan tersebut mula diperkenalkan.Pengarah Pelajaran negeri, Yahya Zainal Abidin berkata, GP pencapaian calon SPM 2011 di negeri ini juga berjaya mengatasi pencapaian gred purata nasional (GPN) yang mencatatkan 5.04."Daripada 22,371 calon yang menduduki peperiksaan tahun lalu, seramai 413 orang berjaya mendapat semua A dalam mata pelajaran berbanding hanya 381 pada 2010."Malah, jumlah calon yang layak mendapat sijil (LMS) turut menunjukkan prestasi yang memberangsangkan iaitu sebanyak 92.52 peratus berbanding 92.04 peratus pada 2010 dan sekali lagi mengatasi pencapaian nasional yang memperoleh 91.07 peratus," katanya pada sidang akhbar di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib (SMART) di sini hari ini.
Pada majlis itu, Yahya turut menyampaikan slip keputusan peperiksaan kepada 42 pelajar sekolah tersebut yang mendapat semua A dalam SPM 2011 sekali gus menjadikan SMART sebagai sekolah terbaik di Pahang dari segi peningkatan tertinggi.
Menurut Yahya, sebanyak 52 buah sekolah mendapat 100 peratus LMS yang juga menunjukkan peningkatan sebanyak 40 peratus."Selain itu, sebanyak 13 buah sekolah memperoleh GPS di bawah 3.0 iaitu enam daripadanya adalah dalam kategori cemerlang."Enam yang cemerlang itu memperoleh GPS di bawah 2.25 yang didahului oleh Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Raub dengan mencatat 1.93," jelasnya.Tambahnya, Sekolah Menengah Agama Al-Maarif di sini antara lima buah sekolah di seluruh negeri ini yang mencatatkan peningkatan GPS lebih daripada 1.0 berbanding 2010.Sementara itu, sekolah luar bandar dan Felda turut menunjukkan prestasi yang baik apabila GPS masing-masing meningkat 0.29 dan 0.26 berbanding 2010.



assalamualaikum,salam sejahtera.


seperti mana yang semua orang tahu, pada 21 March yang lalu, keputusan SPM telah diumumkan. bagi negeri Pahang, keputusan telah diumumkan di sekolah saya, SMK Abdul Rahman Talib (SMART). menurut sumber diatas, SPM kali ini bagi negeri Pahang adalah yang terbaik sejak diperkenalkan. seramai 6/7 orang pelajar A+ bagi semua mata pelajaran telah dilahirkan di negeri ini. dan SMART telah melahirkan 2 orang pelajar tersebut. :)


hehehehe. teruja bila keputusan nak diumumkan pada hari itu. hari tu kat sekolah macam sesi pembelajarn ditangguhkan tapi sebenarnya tak. hanya antara waktu 11.30 hingga jam 2 petang sahaja. sebab result diumumkan kepada public jam 12 lebih kurang. sungguh BANGGA bila SMART telah melahirkan 42 orang pelajar straight A dalam semua matapelajaran. walaupun berada pada rangking yang ke-6 bagi sekolah seluruh Pahang,namun diatas kami , semua sekolah berstatus SBP. sangat-sangat bangga. :)


bagi sekolah seluruh Malaysia, rasanya hari tu cikgu zamri cakap kitaorang punya ranking sekolah seluruh Malaysia yang ke-49 jatuh 8 anak tangga daripada 41 SPM 2010. ni apa yang cikgu tu ckp pasal SPM 2011:


Tahniah SMART. SPM GPS 2.18, 9A+ : 2 orang, Semua A 42 orang. Terima kasih semua 
sumber: twitter cikgu zamri (@zamri45)


wasalam.




p;s: tu je sebenarnya. untuk entry akan dtg. nak share pasal kak Nabila Aisyah tu pulak. 




0 comment(s)