.hee. JUNE. bolak-balik hati dia,jangan ditanya kenapa. engineer-in-making? in sha Allah. RINDU SEKOLAH. JU-TIF mamber. the PIONEERS. ZAID-ers. UTHMAN-igans. IKHWAN-ers. POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN. IPTA PETA. REMBAU - MIRI - KUANTAN - PASIR GUDANG - PENGERANG - KANGAR.
.penyesalan? tak mungkin.



dikala ini, satu rasa menyelinap ke dalam diri ku. tatkala mereka meletakkan status di fb untuk pulang ke asrama dan sebagainya. aku bagaikan terpukul. entah apa aku rasa. kecewa? menyesal? cemburu? entahlah.


bagai menyesali apa yang telah berlaku,namun perkataan ini bagaikan buat aku terpukul kembali. "tak guna kau nak menyesal dengan benda yang kau dah buat". ayat seorang kakak kepada seorang adik di McD TC ketika sambutan hari lahir adik bongsunya. hrmm. setiap kali rasa menyesal ubah keputusan saat akhir tu menyelinap dalam diri, sejurus itu juga ayat ni bertandang di minda. bagaikan satu peringatan untuk terus redho dengan apa yang berlaku. :\

kadang2x, hati berbisik "apakah perancangan Dia untuk aku terus berada di sekolah tu?". aku bagaikan tak tahu apa-apa. berada di sekolah tanpa sebab yang kukuh. ambil aliran yang aku ambil semata-mata ikut kehendak ibubapa. walaupun aku telah redhokan dan ikhlaskan, tapi kita manusia. sentiasa ragu2x dan mempertikaikan. apa yang aku tetapkan sekarang dengan keputusan ambil aliran sekarang adalah satu jawapan sahaja yang aku kasi. "jalan selamat dan keputusan yang boleh diubah di masa akan datang walaupun civil engineering aku tak boleh ambil dah". 


disaat wall facebook keluar gambar Mira dengan budak2x teknik KL. ak rasa jeles. dia bdk CIVIL sekarang. dekt teknik KL. kalau aku accept tawaran teknik TTJ hari tu. ak pun budak CIVIL. tapi hasrat parents untuk ade doktor dalam family akan pergi lagi jauh la. hrmm. sesuatu yang sukar terungkai dengan kata-kata. hanya keluhan berat dapat dihamburkan sebagai jawapan kekalutan hati kala ini. :\

untuk aku cakap menyesal ubah keputusan saat akhir untuk ke SAHUT, ak memang tak boleh. satu penyesalan itu bukan sesuatu yang harus aku tunjukkan lepas aku sendiri putuskan dengan tergesa2x. jujur aku cakapkan disini, saat keputusan pembatalan tu aku amik. aku rasa kosong. feelingless. ak tak rasa apa-apa. ak buat keputusan tak ikut hati mahupun otak sendiri. aku buat keputusan masa tu ikut apa aku tak tahu. cuma jujur aku cakap, aku patutnya buat istikharah terakhir time tu. sebab kehendak aku hilang saat tu.  kehendak untuk pergi tak de,kehendak untuk terus stay pun tak mampir. sepatutnya aku suruh juga parents minta tanda tangan pengetua,aku minta tecer postpond dulu keluarkan nama aku untuk bulan Feb. aku balik rumah dan menghadap Yang Satu dalam Dhuha. pada malam pula, menghadap lagi dalam Tahajjud. tapi tak. aku langsung tak terfikir semua tu. ayat mak buat aku cair. harapan mak buat aku feelingless. aku kadang2x menyesal dengan tindak-tanduk masa tu.

        
namun,sekarang, aku cuba untuk ikhlaskan lagi dan kuatkan redho aku. cari kelebihan keputusan ni dan tutp kekurangan keputusan ni. aku akan cuba untuk NO REGRET. hikmah akan aku terima sedikit masa lagi, perhap. wallahualam. :]


aku dah luahkan segala rasa aku kepada seorang rakan yang pada aku paling memahami aku saat ini. terima kasih,kawan, sebab sudi jadi pendengar yang baik.

0 comment(s)