.hee. JUNE. bolak-balik hati dia,jangan ditanya kenapa. engineer-in-making? in sha Allah. RINDU SEKOLAH. JU-TIF mamber. the PIONEERS. ZAID-ers. UTHMAN-igans. IKHWAN-ers. POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN. IPTA PETA. REMBAU - MIRI - KUANTAN - PASIR GUDANG - PENGERANG - KANGAR.
.kepenatan tidak terhingga.



Assalamualaikum dan salam sejahtera serta Salam satu Malaysia saya ucapkan.

Hai. Lama sudah tidak kita berjumpa. Sudah bersawang blog ini saya tinggalkan. Maaf saya pinta. Kerana selama kitidak-update-an blog ini, saya terlalu sibuk dengan kelas dan pelbagai aktiviti-aktiviti lain. Terlalu sibuk dan kekangan masa yang terlalu banyak.

Ok. Sepanjang minggu lepas, saya telah menghadapi peperiksaan penggal 1B. Sungguh memeritkan perjalanan peperiksaan kali ini. Peperiksaan pertama sebagai pelajar sains tulen agama. Peperiksaan pertama sebagai seorang pelajar tingkatan empat. Tambahan pula, sepanjang empat hari terakhir peperiksaan saya telah diserang demam. Sungguh memeningkan kepala. Namun begitu, alhamdulillah, saya mampu untuk menjawab soalan yang diajukan walaupun kepala minta untuk berhenti berfikir dan berehat.
Selepas ini, saya akan sibuk untuk kem kor kadet polis. Setiap petang akan diadakan latihan kawad kaki. Satu lagi pengorbanan yang perlu dilakukan ialah meninggalkan kelas petang. Kelas wajib waktu petang. Saya terpaksa tinggalkan untuk memberi laluan kepada kemenangan kawad kaki pada perkhemahan akan datang. Sungguh, walaupun begitu, saya akan cuba untuk membahagikan masa sebaik mungkin. Insya-Allah. J

Pada hari ini dan semalam, pertandingan petanque untuk Karnival Sukan dan Permainan (KaSuPer) antara primers telah diadakan. PRIMERS Wira berjaya ke peringkat akhir menentang PRIMERS Kembara yang diwakili oleh 2 orang pemain sekolah. Sungguh sengit perlawanan akhir pada hari ini. Saingan yang kami (Wira) berikan kepada Kembara sungguh tinggi. Semangat untuk menang itu sangat tinggi. Namun begitu, kami terpaksa akur dengan kehebatan dan kelebihan yang dimiliki oleh PRIMERS Kembara. Akhirnya, mereka menang dengan pungutan mata 5 berbalas 11.
Ok. Sepanjang minggu ini, keputusan peperiksaan 1B telah diedarkan dan dibincangkan bersama di dalam kelas. Buat masa ini, saya telah berupaya untuk mendapat keputusan yang agak baik. 2A- 1A 2B dan 2D. Ngeh2x. J

Itu sahaja buat masa ini. Sehingga bertemu dilain entry. Wasalam. Salam perpisahan. J
0 comment(s)