.hee. JUNE. bolak-balik hati dia,jangan ditanya kenapa. engineer-in-making? in sha Allah. RINDU SEKOLAH. JU-TIF mamber. the PIONEERS. ZAID-ers. UTHMAN-igans. IKHWAN-ers. POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN. IPTA PETA. REMBAU - MIRI - KUANTAN - PASIR GUDANG - PENGERANG - KANGAR.
.perkongsian rohani.
 assalamualaikum.salam sejahtera. since ds dah pergi kisas dan blog dia dah lama tak update. kire entry ni, nak tolong gantikan tempat dia jadi seorang yang mampu menyebarkan ilmu yang ada. ok. hari ini, sewaktu kelas PSI tadi, satu isu telah ditimbulkan lalu dibincangkan bersama. isu tersebut ialah berkenaan dengan HUBUNGAN ANTARA ADIK-BERADIK TIRI LAIN AYAH,LAIN MAK. ok. kita mudahkah dengan contoh. ~~~~~~ pada suatu hari, seorang lelaki bernama Ahmad berjumpa dengan seorang wanita bernama Aminah. lalu mereka saling jatuh cinta dan memutuskan untuk berkahwin. sebelum berkahwin, Aminah telah memberitahu Ahmad bahawa dia seorang janda yang mempunyai seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki dengan perkahwinan terdahalu begitu juga Ahmad yang menyatakan dia seorang duda yang mempunyai 4 orang anak lelaki dan 3 orang anak perempuan dengan perkahwinan terdahulu. apabila mereka berkahwin, Ahmad dan Aminah ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan. persoalan yang timbul, apakah hubungan dan batas aurat antara 4 orang anak lelaki dan 3 orang anak perempuan Ahmad dengan seorang anak perempuan dan lelaki Aminah serta hubungan serta batas aurat antara mereka sembilan orang dengan adik baru mereka?
kita jawab persoalan pertama dahulu. berdasarkan apa yang ustaz saya beritahu dan telah dibincangkan dengan guru-guru agama di sekolah, hubungan antara 4 org anak lelaki Ahmad dan seorang anak perempuan Aminah serta 3 orang anak perempuan Ahmad dengan seorang anak lelaki Aminah ialah AJNABI! boleh berkahwin! dan aurat bagi perempuan dengan lelaki adalah seluruh badan kecuali muka dan telapak tangan dan aurat lelaki dengan perempuan adalah dari pusat ke lutut. maka haramlah bagi mereka untuk berdua-duaan di dalam rumah atau di tempat-tempat yang sunyi. kita jawab persoalan kedua. hubungan dan batas aurat bagi adik baru dengan mereka sembilan orang adalah adik beradik kandung. bagi 4 orang anak lelaki dan 3 orang anak perempuan Ahmad, mereka menjadi adik-beradik kandung seayah dengan adik bari itu manakala bagi anak perempaun dan lelaki Aminah pula, adik-beradik kandung seibu dengan adik baru tersebut.
makanya pada adik-beradik tiri LAIN ibu dan LAIN bapa, sila lah beri perhatian kepada isu seperti ini. kerana anda berdosa mendedahkan aurat kepada yang bukan mahram. ~~~~~~~ sebenarnya seronok gila belajar PQS dan PSI ni. banyak benda boleh tahu secara detail dan mendalam. untung ambil. :D ~~~~~~ satu lagi nak dikongsikan, tapi saya akan buat entry satu lagi. ianya tentang hubungan ayah dan mak tiri dengan anak tiri mereka. serta saya nak kongsi sepotong ayat yang ustaz saya beritahu berkaitan isu ini. :) semoga kita dapat belajar sesuatu pada hari ni. semua yang baik dan sempurna itu dari Allah, dan kurang dan lemah itu daripada diri saya sendiri. maaf jika ada kesilapan dan jika mempunyai percanggahkan pendapat sila nyatakan di komen. kita bicangkan bersama dan akan saya bawakan kepada yang lebih arif. insya-Allah. :) sekian.
p;S: seriusly, rindu gila nak baca post blog ds. aigoo.
|