Tempat Bernama SEKOLAH; Perjuangan Terakhir TAMAT!
AKHIRNYA,
buat calon SPM 2013, maka dengan rasminya, pada hari ini, 5 Disember 2013, tepat jam 4.30 petang, tiada lagi tanda tangan seorang pelajar diperlukan bagi membuka beg soalan.
TAHNIAH!
buat semua calon SPM 2013, atas kejayaan kita semua dalam menghadapi cabaran dan dugaan serta rintangan yang telah ditempuhi sepanjang menjawab soalan-soalan SPM 2013.
TAHNIAH buat diri ini yang berjaya menamatkan kertas terakhir, BAHASA ARAB kertas 1, pada jam 12.30 tengah hari, 3 Disember 2013, dengan jayanya!
Alhamdulillah,
Ya Allah, aku bersyukur atas segala kemudahan dan kelancaran yang telah Engkau kurniakan sepanjang aku dan rakan-rakan ku menduduki Sijil Pelajaran Malaysia 2013 ini. setelah kami berusaha, kepada-Mu kami berserah atas segalanya.
Bismillahitawakkaltualallah!