.hee. JUNE. bolak-balik hati dia,jangan ditanya kenapa. engineer-in-making? in sha Allah. RINDU SEKOLAH. JU-TIF mamber. the PIONEERS. ZAID-ers. UTHMAN-igans. IKHWAN-ers. POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN. IPTA PETA. REMBAU - MIRI - KUANTAN - PASIR GUDANG - PENGERANG - KANGAR.
kembali bergerak.


.alhamdulillah. statistik kembali menunjukkan berlaku sebarang aktiviti. haha. hampir 2 minggu ia mendatar menandakan pengunjung berkurangan malah boleh diklasifikasikan tiada. ngah3x. terima kasih kerana melawat.

.cubaan pertama; gagal. ayah tak menyokong. tetapi mak memberikan sokongan padu. phone baru? hahaha. dalam proses. masih mencari. nak cari yang dual sim,wifi,andriod kalau boleh. tapi sangat teringin akan iOS dengan Window phone. hahaha. Lumia dalam sasaran. dapat iPhone 5c sehmart juga. :D hanya angan-angan buat masa kini.

.gramatis? bunga? seperti hilang seri dalam mengucapkan menulis madah. perasan. cuba untuk rungkaikan. beberapa perkara terasa hilang dari memori selepas kejadian itu. rasanya seperti benar. memori masa silam ada yang sukar dicari kembali. saat pertama mengucapkan kata cinta,kisah disebaliknya,dia menceritakan kembali, tapi saya tetap tak mampu mengingatinya kembali. cuma sekilas akan moment yang penting. sejujurnya kejadian itu seperti menghukum diri dan jiwa ini. melenyapkan dia seketika dalam hati. namun, saat kembali cuba ditaut, getaran jiwa tak mampu dihindarkan. tapi kecelaruan emosi berganda. berperang mengingati saat pertama yang dia bilang tak usah diungkitkan kembali. memerah pipi apabila terkenang saat ketidakmatangan pemikiran. saya hanya mampu tersenyum sumbing.

.kejadian? tak usah dibincangkan. cuma satu kesilapan pergerakan. mungkin Dia rindu akan hamba-Nya. hampir tersungkur teruk. mengakibatkan kepala sikit terhantuk,tulang pelvic terasa perit sedikit selepas kejadian, spinal cord masih selamat ditempatnya. cuma, lutut terasa sangat ketat. bunyi terhasil tatkala langkah diatur ke hadapan. alhamdulillah. semua itu beransur pulih dan kini, sihat seperti biasa. heeee.

.kerinduan? sudah mula menjalar ke dalam jiwa. tatkala menatap setiap status yang di post dalam laman facebook. huh. perpisahan ini harus diterima. kerana berakhirnya satu sesi lagi dalam kehidupan. sesi menengah. pembelajarannya yang membawa banyak erti kedewasaan. erti sebenar persahabatan. erti sebenar apa itu lawan. sebenarnya, ia lebih dari itu. lebih bermakna. lebih mendalam maksudnya. punya tersirat yang sangat pelbagai. untuk dirungkai. oleh diri atau secara bersama. 

.UKHWAH FILLAH yang dibina, in sha Allah, akan sentiasa dalam rahmat dan keberkatan-Nya. 
0 comment(s)