Alhamdulillah

bulan ke-9,kelendar hijrah,
datangnya ia disambut meriah,
Ramadhan tiba,kita bermuhasabah,
mencari rahmat dan redho Allah.
30 hari ia berlalu,
bagai air yang megalir,
ia pergi,
tiba penghujung bulan berakhir.
ramadhan berakhir,tibanya syawal,
meraikan kemenangan itu tandanya,
alhamdulillah,kita syukuri,
ramadhan pergi,semoga berjumpa lagi.
alhamdulillah. setelah 28 hari kini hari yang ke 29. Ramadhan bakal melabuhkan tirainya. pelbagai pengalaman diperoleh sepanjang Ramadhan kali ini. pelbagai ilmu dipelajari. perlbagai pengajaran diteladani.
pengalaman berpuasa di asrama. berbuka bersama rakan sekelas di rumah rakan. berbuka bersama rakan sekelas dan guru kelas di restoran nasi arab yang indah memorinya. alhamdulillah. moga ukhwah fillah yang dibina ini akan terus dirahmati dan diberkati serta dilindung oleh-Nya. in sha Allah.
sejujurnya, ramadhan kali ini adalah antara yang terbaik sepanjang hidup aku selama 17 tahunn. alhamdulillah, tahun ini, Allah berikan aku merasai lebih sedikit kemanisan Ramadhan daripada tahun-tahun sebelumnya.
akhir kalam, SEAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, Maaf Zahir dan Batin. :D semoga Syawal ini kita raikan dengan penuh kesukuran. in sha Allah.