.hee. JUNE. bolak-balik hati dia,jangan ditanya kenapa. engineer-in-making? in sha Allah. RINDU SEKOLAH. JU-TIF mamber. the PIONEERS. ZAID-ers. UTHMAN-igans. IKHWAN-ers. POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN. IPTA PETA. REMBAU - MIRI - KUANTAN - PASIR GUDANG - PENGERANG - KANGAR.
.kemenangan satu kepuasan juga dugaan.

.salam sejahtera.

.ku panjtkn kesyukuran kepada Yang Esa atas segalanya. ya Allah, terima kasih ku ucapkan atas kelancaran dan ketidakgugupan diriku. ahamdulillah. segalanya akan bermual semula.

.alhamdulillah. selepas seminggu berhempas pulas dengan tinggalkan kelas, akhirnya destinasi telah pun kami tetapkan. SIBU,SARAWAK. alhamdulillah.

.selama tiga hari berada di Temerloh. setelah seminggu berpening kepala, bergaduh santai, berborak mesra menyiapkan kesemua usul. kami BERJAYA membawa nama KUANTAN sekaligus SMART ke peringkat NEGERI bagi PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARIMEN peringkat NEGERI 2013 di SMK dan SK Seri Tualang, Temerloh, Pahang. 

untuk margin pertama, berlangsung pada waktu malam. usul disiapkan oleh HAFIZuddin dan LIYANA. usul berbunyi, KELULUSAN AKADEMIN MENJAMIN KEJAYAAN DALAM KERJAYA. dan persaingan sengit antara KUANTAN vs CAMERON HIGHLAND. setelah juri membuat keputusan, maka usul DITOLAK! alahmdulillah melepasi margin pertama, kami mara ke margin kedua. jam 11 keesokkan harinya.

.usul 2, kami tidak sertai. jadi bagi mergin kedua, kami akan terus ke usul 3. PENGGUNA MAMPU MENANGANI KENAIKAN HARGA BARANG. namun, pada usul ini, kami MENANG,usul DITERIMA, setelah berlaku satu insiden dimana pihak lawan tidak dapat meneruskan margin akibat masalah kesihatan. jadi, kami MENANG tanpa bertanding keseluruhannya. kami mara ke separuh akhir pada waktu petangnya.

.SEPARUH AKHIR. petang. jam 3.30. kami bertemu RAUB. kami di pihak pembangkang. persaingan sengit dan kedua-dua saling berbalas-balas dengan tepat dan kukuh. usul ini saya dan Amira yang sediakan. jadi, sepanjang usul ini dibentangkan, kami berdua di belakang berdoa agar usul ini ditolak. dan setelah bertarung hampi satu jam 10 minit, keputusan diumumkan. usul ini DITOLAK! dan, kami akan ke AKHIR pada keesokkan paginya.

AKHIR!. alhamdulillah. syukur sangat ke hadrat Yang Esa. tanpa keizinan-Nya, kami tak mampu sampai ke tahap ini. tanpa bantuan Cikgu Yuzai dan Cikgu Noni juga, tak mungkin kami mampu melangkah sejauh ini. Ya Allah, ini adalah penentuan. pada usul terakhir, TEKNOLOGI HIJAU MAMPU MERAKYATKAN BUDAYA INOVASI, kami bertemu dengan juara peringkat negeri tahun 2012, SMK Ahmad, Pekan. saingan sengit. namun, mereka sedikit goyah. begitu juga kami di pihak pembangkang. kedua-duanya goyah. namun, kepintaran dan kepetahan berbicara, kami mampu menyembunyikannya. 

.saat kemuncak, KEPUTUSAN diumumkan semasa MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN. sangat berdebar dan sangat 'speechless'. hanya mampu berdoa dan memanjatkaan pujian bagi menghilangkan resah. saat dinantikan tiba. kepetusan di umumkan. USUL akhir pada hari tersebut DITOLAK! kami melonjak kegembiraan. kami berpelukan gembira. kami menangis mensyukuri. akhirnya, PENAT LELAH berbayar. ALHAMDULILLAH.

.maka, dalam bulan 7, kami, PASUKAN BAHAS SMART @ KUANTAN @ PAHANG, akan terbang ke Sibu,Sarawak untuk peringkat KEBANGSAAN. ya Allah, Kau permudahkanlah urusan kami dan Kau lancarkankanlah. doakan kejayaan kami disana pula. in sya Alla, we will bring the glory home again. :D

* macam biasa, gambar akan berbicara di postnya sendiri. :)
0 comment(s)