.kesibukan yang memenatkan.
.salam sejahtera,salam perdamaian.
.ASSALAMUALAIKUM dan SELAMAT MEMBACA!. hee
.untuk pengetahuan semua pembaca, alhamdulillah. syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan kurniaan-Nya, kami, Kelab Bahasa Melayu Kreatif (Bahas) SMART berjaya untuk maju setapak lagi ke peringkat negeri setelah berhempas pulas di peringkat daerah pada 27 dan 28 Mac yang lalu di SMK Bukit Rangin (BRASS). alhamdulillah, usul bahas di peringkat akhir pada 28 Mac diterima oleh dewan. lupa, ini adalah Pertandingan Bahas ala Parlimen peringkat Daerah. selepas ini, kami akan ke Temerloh untuk peringkat Negeri. insya-Allah, usaha,doa dan tawakal serta berkat dan restu guru-guru dan ibu bapa, kami akan bawa pulang kejayaan peringkat negeri, INSYA_ALLAH.
. jujur kata, sepanjang minggu lepas, saya sangatlah sibuk dan sentiasa lambat tidur. namun, semua tu terbalas apabila seperti saya cakap, kami berjaya mewakali Kuantan ke peringkat negeri. alhamdulillah. tambahan, minggu ni exam dan kami skip exam dan akan mendudukinya mingu depan. liyana pesan macam ni "zaim, hujung minggu ni study elok2x tau." dengan muka yang serius. pada hemat saya, liyana nak kami semua walaupun sibuk dengan bahas, namun akademik tetap no.1. insya-Allah. kita boleh buat,yana! semoga kita boleh buat. Cc: Hafiz,Muhammad,Amira Aida,Syafiqah dan Misya.
.gambar? saya tidak minat untuk sekalikan entry gambar. nanti saya akan upload selepas saya letak watermark. hee.
.kalge,jya! salam!