.hee. JUNE. bolak-balik hati dia,jangan ditanya kenapa. engineer-in-making? in sha Allah. RINDU SEKOLAH. JU-TIF mamber. the PIONEERS. ZAID-ers. UTHMAN-igans. IKHWAN-ers. POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN. IPTA PETA. REMBAU - MIRI - KUANTAN - PASIR GUDANG - PENGERANG - KANGAR.
.bila percutian itu seronok.


.selamat sejahtera. salam sejuk dari cameron highland. :)

.setelah 3 hari, akhirnya, ia berakhir. satu moment dan kenangan terindah buat tahun ini bersama mereka. semoga kenangan itu sentiasa terpahat di kotak minda kita. tiada yang lebih bermakna dari kenangan kita bersama.

.rabu.21/november/2012.
.tarikh dimana ia bermula. perjalanan ke suatu percutian yang meninggalkan moment indah. perjalanan dimana ukhwah dieratkan. jam 12 tgh hari. segalanya bermula. huh. sumpah kenangan. seperti biasa, menjadi orang terkahir utk mendaftar kerana tiba paling akhir kat sekolah. heee. seriously, aku susah nak awal kalau datang dari rumah waktu cuti. kecuali kalau sesuatu tu, sangat-sangat penting.heee. mian. gerak lepas solat zohor dan tiba di SK CONVENT jam 8.00 malam. sejuk gila dan jakun. asap keluar dari mulut. hahaha. malam tu, just stay dalam tempat penginapan. hostel SK CONVENT. makan malam dia, superb doh. just air je ada sikit kesabaran diperlukan. panas gila. tapi still, org atas mungkin dah biasa. tapi org duduk tanah rendah, walaupun sejuk, air batu adalah satu kperluan yang perlu dicari apabila air yang dihidangkan adalah amat panas. :) berakhir dengan borak2x dan tidur pada jam 2.

.khamis.22/november/2012.
.dan pagi dia sangat la SEJUK!! between 14oC to 17oC. air dia, macam ais. bila cuci muka, rasa dia macam. amik ais segenggam dan tekup kat muka lama. kebas sejuk dia macam tu la rasa air kat sana. tapi kami KATANG! mandi air sejuk dan still pakai heater. :) tapi serious segar mandi air sejuk tu. dari 7.30 pagi sampai 7.00 malam. Le Tour de Cameron. heee. first. MARDI. then,ladang strawberry. lepas tu,jalan-jalan. lepas tu,ladang madu lebah. banyak gak tempat pergi tapi cameron kan, all about STRAWBERRY and teh. hehe. then, kiteorang diberi masa 4 jam oleh cikgu untuk bertebaran di sekitar Brinchang. seriously, macam dah boleh hafal jalan kat situ, bila asyik pusing2x tempat sama je. :) dari jam 3-jam 7 malam. then, balik dan dinner. sedap you. Sambal Ikan Kembung dengan sayur lemak. sumpah sedap. sayur lemak yang tak pernah makan sebelum ni, kat situ makan. manis dan ckup rasa. deabak! :) malam. bersiar-siar sekitar SK CONVENT dengan farhan. duduk kat dataran dia menikmati suasana malam brinchang. sumpah seronok dan enjoy. walaupun duduk je. tapi sebab borak banyak benda jadi indah. sleck tak de cam je time tu. heee. jadi tersangat jakun sebab malam tu sejuk gila, dan bila bercakap, asap sentiasa ada. haha. mcam kat overseas dah. hee. tidur jam 12. awal sebab penat dah jalan.

.jumaat.23/november/2012.
.hari ini. turun balik Kuantan. last day. tapi sebelum tu, last SHOPPING! heee. membeli-belah. :) then, pergi BHARAT Plantation. ladang TEH! seronok. dan seronok gila turun kat ladang tu. sumpah cerun curam gila. dan berpeluh buat kali pertama kat cameron pagi tadi. penat la jugak 'hiking' ladang teh tu. mesti org yg petik teh tu katang giler. hahahaha. then, gerak turun. dan sampai Kuantan dalam jam 6.00 petang dan sekolah sekitar 7.40.

.p:s: gambar saya buat entry lagi satu. biar gambar itu berbicara. :)
0 comment(s)