.hee. JUNE. bolak-balik hati dia,jangan ditanya kenapa. engineer-in-making? in sha Allah. RINDU SEKOLAH. JU-TIF mamber. the PIONEERS. ZAID-ers. UTHMAN-igans. IKHWAN-ers. POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN. IPTA PETA. REMBAU - MIRI - KUANTAN - PASIR GUDANG - PENGERANG - KANGAR.
SMARTNiaga 2012
 assalamualaikum,salam sejahtera. haha. berkenaan tajuk. kita buat format laporan la yerk. heee. jadi setiausaha sekejap. hahaha. ok. kita masuk format. :D KUANTAN,28 April 2012- Meriah. satu perkataan yang mampu untuk mengungkapkan betapa ceria dan seronoknya berlangsung peristiwa ini. peristiwa yang sentiasa akan mengambil tempat pada setiap tahun. kebiasaannya pada bulan April. satu karnival yang sentiasa ditunggu-tunggu, bukan sahaja pelajar dan gur-gurunya malah yang sudah menajdi alumninya juga. kerana disinilah, mereka dapat bertemu, mengeratkan silaturrahim dan ukhwah persahabatan. Serentak dengan itu juga, diadakan beberapa karnival bagi jabatan-jabatan yang ada iaitu Karnival Sains dan Matemtik, Karnival Vokesional dan Teknologi, Karnival Bimbingan dan Kaunseling serta Karnival Kerjaya. turut didakan pada hari itu ialah Pertandingan Kawad Kaki bersempena dengan SMARTNiaga 2012. acara wajib diadakan pada setiap kali penganjuran SMARTNiaga. Segala acara yang diadakan mendapat sambutan yang cukup meriah daripada kalangan pelajar dan guru-guru dan semuanya berjalan dengan lancar dan seperti yang dirancang. Alhamdulillah. Sebanyak 20 gerai dibuka pada tahun ini,jumlah yang sama seperti tahun-tahun sebelum ini. Kali ini, kelab dan persatuan diberi keutamaan untuk membuka gerai-gerai jualan termasuk kelab staff dan badan perwakilan pelajar. beberapa gerai daripada kelas-kelas dan gabungan kelas-kelas turut didirikan. pelbagai menu disajikan dan permainan yang disediakan bagi memeriahkan gerai masing-masing. pelbagai ragam penjual dapat dilihat dalam menarik pelanggan berkunjung ke gerai mereka. pelbagai cara dan muslihat. sungguh menarik perhatian. karnival ini bermula jam 8 pagi dengan ucapan pembukaan karnival oleh pengetua dan ketua-ketua bidang. simbolik pembukaan adalah dengan pelancaran dan pelepasan payung terjun oleh pelajar yang terlibat untuk menjayakan demonstrasi tersebut. sungguh menarik dan berlainan. tepat jam 9.00 pagi, Pertandingan Kawad Kaki dimulakan yang menampilkan Kadet Polis sebagai pesukan pembukaan dan berakhir pada kira2x jam 10, yang menampilkan Kadet Bomba sebagai pasukan penutup. Pemenang akan diumukan pada hari Rabu ini (2 Mei 2012). Serentak dengan itu juga, aktiviti daripada karnival-karnival lain juga dijalankan. pada tahun ini, UMP dan MSU turut terlibat dalam menjayakan beberapa pertandingan yang diadakan seperti membina jambatan dan ukiran buah serta masakan. Pelbagai persembahan diadakan bagi memeriahkan lagi suasana karnival ini. semuanya berakhir pada jam 2.00 petang. sesi pembersihan dilakukan secara bersama antara guru-guru dan murid-murid. semuanya telah berjaya dibereskan pada jam 3.00 petang. laporan disediakan oleh Zaim Yusoff. :D hehehehe. itulah dia laporan yang disediakan oleh saya. ngee. Selamat Membaca!
p:s: Pertandingan Kawad Kaki tu kan, kiteorang Kadet Polis lupa lapor keluar. seryes Sarjan kata dia lupa. tapi kiteorang harap boleh menang la. Amin~
|