.hee. JUNE. bolak-balik hati dia,jangan ditanya kenapa. engineer-in-making? in sha Allah. RINDU SEKOLAH. JU-TIF mamber. the PIONEERS. ZAID-ers. UTHMAN-igans. IKHWAN-ers. POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN. IPTA PETA. REMBAU - MIRI - KUANTAN - PASIR GUDANG - PENGERANG - KANGAR.
.penat dah kot?.



 
 

assalamualaikum, salam sejahtera, salam satu malaysia.
disaat mereka yang patutnya busy time cuti ni, mereka lah yang nampak cam releks. tapi untuk yang tak sepatutnya tak busy ni pulak yang busy. aku tak faham. haish.
dimana ada kemahuan disitu ada jalan. memang pun. tapi bila aku yang form 4 ni lebih busy daripada kakak aku yang nak smik SPM tahun ni dengan adik aku yang nak amik PMR tahun ni. aku rasa macam tak adil. time aku hari tu dan nanti, confirm aku akan jadi lagi busy. ok. sekolah saya sekolah budak bijak. nak kene maintain prestasi. ok. saya faham. haish.

disetiap kesusahan ada kebahagian. saya percayakan ini. kerana ia janji Allah buat hamba-Nya. saya tak nafikan. tapi bila saya penat sangat, apa pun saya dah tak buat. dah lah dengan aktiviti yang datang sekaligus. macam2x benda nak kene prepare. baguslah bila buat sekali gus, jimat budget tapi limit time jadi singkat. semua benda nak kene buat agak tergesa namun saya tak nafikan segala yang dirancang berjalan lancar seperti yang dirancang. tapi rasa macam tak adil bila ada orang sepatutnya dapat join tak dapat join sebab dia dah join benda lain. hurm.

we do the best, god do the rest. ni, kata-kata hikmah yang ustazah b.arab saya bagi tahun lepas. kata-kata ni saya pegang sampai lah sekarang. tapi macam mana pulak kalau kita dah buat yang terbaik tapi tidak orang lain. rasa fed-up,kan? sebabkan seekor lembu yang membawa lumpur, lalu dalam sekawanan lembu yang bersih semua tercalit. argh. penat. tapi alhamdulillah. semua apa yang jadi dalam masa terdekat ni, semua beri kerjasama. tiada yang lebih dan tiada yang kurang. erm. saya penat.

saya rasa menyesal tak accept teknik hari tu. saya rasa macam saya tak leh g dengan bio. dengan sains tulen ni. kata hati saya cakap, kau bukan budak doktor. kau tengok luka sikit dah ber-ee-ee, belum lagi yang besar. tengok orang muntah, kau pun nak muntah sama. tengok darah banyak-banyak, kau dah ketar lutut. tapi saya bidas cakap hati tu. saya cakap, dah tu aku nak jadi arkitek? pereka dalaman? aku pandai lukis ke? cantik? hati cakap balik. kau minat. biar tak pandai lukis, belajar dari bawah. kakak kau aku rasa lukis lagi buruk. sebab dia belajar, dia mampu la melukis sekarang. kau minat susun atur bilik kau, siap buat pelan bagai konon nak kasi ruang nampak luas la, itu lah, ini lah. macam-macam. then saya kalah. saya kalah dengan kata hati sendiri. tapi saya dah tetapkan. alang-alang menyeluk perkasam,biar sampai ke pangkal lengan, alang2xmandi biar basah. saya dah terjun dalam aliran sains tulen ni, so, AJA-AJA FIGHTING! 

ni bukan entry luahan perasaan lebih kepada penyataan hati yang rasa tak tentu. yang mempertikai pilihan sendiri. yang seperti cuba untuk menidakkan takdir. hailah. apa-apa pun, selagi kau mampu,zaim, kau buat. tanam minat. aku yakin kau boleh! yeah. believe ini yourself. you can do it! :D
0 comment(s)