.kejayaan yang menggembirakan!. :))

seperti yang semua maklum, hari ini adalah 22 Disenber 2011 bersamaan hari Khamis. sehubungan dengan tarikh tersebut, semua telah mengetahui bahawasanya hari ini adalah salah satu tarikh keramat bagi semua pelajar tingkatan 3 2011. mungkin semua sedia maklum, keputusan pada tahun ini adalah yang terbaik sejak 4 tahun lepas. ok. kita berhenti disini untuk part ini. mari kita ke bahagian seterusnya iaitu pengumuman peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib, Kuantan.
ok. bagi yang masih tidak mengetahui tentang keputusan di SMK Abdul Rahman Talib. mari saya perincikan. pada tahun ini, SMK Abdul Rahman Talib,Kuantan berjaya mengekalkan kedudukan sebagai sekolah terbaik peringkat daerah Kuantan dengan keputusan 1.08 naik 0.01 peratus daripada keputusan tahun lepas iaitu 1.09. dengan ini, keputusan tahun ini ialah keputusan terbaik sekolah ini sepanjang 4 tahun kebelakang. SMK Abdul Rahman Talib telah berjaya melahirkan insan yang mendapat semua A dalam semua matapelajaran yang diduduki iaitu seramai 132 orang daripada 198 orang calon yang menduduki peperiksaan disitu. apa yang saya ketahui, seramai 36 orang calon dari kelas Kelas Aliran Agama (KAA) berjaya untuk mendapat semua A dalam semua matapelajaran yang diduduki. dan salah seorang daripada mereka bukan lah saya semestinya. :)
tahun ini, SMART berjaya di ranking pertama Kuantan dan ranking ke-3 Pahang. semua ini adalah hasil kerja keras pelajar2x serta guru-guru diiringi dengan doa dan nasihat daripada kedua ibubapa dan kepercayaan semua pihak yang mengharapkan kejayaan kami. tanpa mereka siapalah kami disini. kepada guru-guru yang bertungkus-lumus mengajar kami. TERIMA KASIH saya ucapkan. tanpa jasa dan pengorbanan cikgu, kami tak mampu untuk memperoleh kejayaan seperti ini sekaligus meneruskan kegemilangan sekolah!
berikut adalah wajah-wajah girang calon yang mendapat semua A.
duduk depan sekali: Ahmad Hariz_3K (dua dari kiri) 8A dan Ahmad Akmal_3J (tiga dari kanan) 9A
baris kedua: Mohd Adam_3J (tiga dari kanan) 9A
Farhana Nur Izzati binti Rosli_9A_
she really prove to us that she really can make it. SHE's GREAT!! :)
ha! DONGSAENG!! Farihah Amirah bt Ahmad Faiz._9A_
she really deserve it. :)
notatakdekaki: sepatutnya post semalam. but due to something yang tak dapat dielakkan, ia tidak dapat dipostkan semalam. makanya, baca kira pakai mood semalam la. :))