.hee. JUNE. bolak-balik hati dia,jangan ditanya kenapa. engineer-in-making? in sha Allah. RINDU SEKOLAH. JU-TIF mamber. the PIONEERS. ZAID-ers. UTHMAN-igans. IKHWAN-ers. POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN. IPTA PETA. REMBAU - MIRI - KUANTAN - PASIR GUDANG - PENGERANG - KANGAR.
.BELOVED HOMETOWN!!


saya buat entry ke-dua untuk hari ni sebab tak nak share dengan entry sebelumni. sebab tu entry cerita balasungkawa. tapi entry ni nak cerita pasal moment happy kat kampung!

at last, selepas lebih kurang 3 bulan tak jejak kaki kat kampung den yang torcinto tuh, tanggal 2 Disember 2011 kembali melakar kenangan hidup den di kampung den yang torcinto yang torlotak dokek Rembau,Negeri Sembilan. jauh kat sebelah pantai barat sanun,eyh. jadi kira ni journey cross country jugak la. sebabnya duduk kat Kuantan dah lah ceruk pantai timur belah ngadap pantai. kampung ei kek Rombau yang duduk ei kek coruk pantai barat hampir ngan pantai tu ha. :)) ok, merepek. lupakan.

tapi meme syok le balik kampung. dah lah dapat mandi air kolah yang sejuknya hanya Allah sahaja yang tahu. sampai tulang hitam dio congkam ei. tambah pulak ade air cond free malam2x. nature air cond. tidak melepas sebarang gas2x berbahaya seperti CFC dan lain2x. hahaha. serius. memeng selubung satu badan. walaupun kipas pusing atas kopalo tu speed dia cuma 3 tapi disebabkan tu rumah kampung yang diperbuat daripada separuh kayu dan batu menyebabkan dia sejuk yang teramat pda waktu malam. tambah pulak laie dengan musim buah hujung tahun. mak ai. feveret den tengah tunggu nak jatuh menyombah bumi joooo. nak tau feveret buah den apo??? of cozla, MR. DURIAN!!! the FRUIT's KING!! hahahaha. nak2x lau dapat Durian aiskrim. rasa dia. pergh. lomak manis. gulp. :) manggis dengan rambutan. tahun ni mangga tak keluar pula buah dia. special untuk tahun, koko dekat dalam dusun tu berbuah. hehehehehehe. bukan la first time tgk. banyak kali dah. cuma pegang dengan rasa je belum pernah. sbb sebelum ni berbuah jugak. tapi tau2x je la kan. kampung. ade la haiwan yang duk metaar je buah2x dalam dusun tu terutamanya MR. penebuk buah tu la,sang TUPAI! belum sempat nak petik, dah tengok berlubang sana-sini. hailah.

kira balik kg 4 hari ni seronok la. dapat gak jalan2x. :) yang bestnya dapat tengok sawah menghijau dekat area Bukit Putus rasanya. amik gambar lagi tuh. nanti sya re-edit entry ni letak gambar. k.


notatakdekaki: army attack da level 24,city hunter episod 5. running man, episod 70. :))
0 comment(s)